Lima pelajar sekolah rendah sah dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Lima pelajar sekolah rendah sah dijangkiti Covid-19

AKTA
NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak lima pelajar sekolah rendah berusia sembilan dan 12 tahun di Kedah disahkan dijangkiti Covid-19, sekali gus menjadikan jumlah kes bagi Kluster Tawar adalah sebanyak 70 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kelima-lima kes baharu itu dikenal pasti melalui pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes-kes positif kluster tersebut.

Katanya, hasil siasatan mendapati mereka merupakan kontak rapat kepada kes ke-9,197 yang merupakan seorang pelajar perempuan pra sekolah berusia enam tahun yang dilaporkan pada 16 Ogos lalu.

“Sebanyak 3,547 orang disaring bagi kluster ini dengan 3,018 disaring di Kedah. Dari jumlah itu sebanyak 59 orang dikesan positif, 2, 717 orang negatif dan 242 orang masih menunggu keputusan.

“Dalam pada itu sebanyak 518 saringan di Pulau Pinang dengan 11 orang dikesan positif, 507 orang negatif sementara di Perak kekal dengan 11 saringan dengan kesemuanya disahkan negatif,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan harian Covid-19 di sini hari ini.

Tambah Noor Hisham, sekolah yang membabitkan pelajar-pelajar itu telah ditutup dan kementerian sedang menjalankan siasatan bagi melihat kemungkinan jangkitan Covid-19 itu berpunca dari seorang ibu kepada anak, lalu menjangkiti rakan-rakan di sekolah.

“Kita masih jalankan siasatan terhadap mereka yang terdedah dengan kanak-kanak itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham memberitahu tiada laporan yang mengatakan kanak-kanak merupakan ‘super spreader’ yang menyebabkan penularan pandemik tersebut di negara ini.

“Kita tidak kesan kanak-kanak menjadi ‘super spreader’ dalam kluster-kluster ini tetapi terdapat peratusan mereka terlibat namun tidak menjadi ‘super spreader’.

“Apa yang pasti adalah tindakan kita. Sekiranya kita mengenal pasti kanak-kanak ada gejala, kita perlu membuat pengasingan dan pastikan tindakan kawalan kesihatan awam dilaksanakan secepat mungkin,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya