Kluster Sivagangga cetuskan panik di Kedah - Utusan Malaysia

Kluster Sivagangga cetuskan panik di Kedah

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengesanan kontak rapat secara aktif membabitkan kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga giat dilaksanakan di pejabat-pejabat kesihatan daerah (PKD) untuk mencegah penularan Covid-19 di Kedah yang didapati semakin meningkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian turut menjalankan aktiviti pembersihan dan nyah kuman di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah-rumah kes yang dikesan positif.

“Sebanyak 313 orang telah disaring sehingga pukul 12 tengah hari ini. Daripada jumlah itu, 20 kes dikesan positif, 280 negatif dan 13 kes masih me­nunggu keputusan ujian.

“Daripada 20 kes yang dikesan positif, kesemua kes adalah aktif. Tiada kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan,” katanya dalam laporan harian perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Kluster Sivagangga menular akibat jangkitan import selepas seorang pemilik kedai nasi kandar di Napoh yang juga pemastautin tetap pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu.

Dia dilaporkan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dengan tidak menjalani kuarantin di rumah sebaliknya ke premis perniagaan berkenaan sebelum penularan jangkitan di kawasan itu berlaku.

Tambah Noor Hisham, daripada kes positif yang dilapor­kan, sebanyak 15 kes adalah warganegara Malaysia dan lima kes adalah bukan warganegara.

“Sebanyak 11 kes positif dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan.

“Sebanyak lapan kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,975 iaitu termasuk juga satu kes pelajar sekolah berumur tujuh tahun sementara kes-8,975 merupakan kes generasi pertama,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Noor Hisham, sebanyak tiga kes me­rupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,976 yang me­rupakan kes generasi pertama iaitu termasuk juga satu kes pelajar sekolah berumur 10 tahun.

“Kesemua kes telah dima­sukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya