Kakitangan Pejabat Pertanian Tangkak disahkan negatif Covid-19 - Utusan Malaysia

Kakitangan Pejabat Pertanian Tangkak disahkan negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Pejabat Pertanian Tangkak kembali beroperasi selepas 48 jam ditutup setelah keputusan ujian Covid-19 ke atas salah seorang kakitangannya disahkan negatif.

Pegawai Daerah Tangkak, Shafiei Ahamad berkata, individu berkenaan sebelum itu disaring selepas dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 ketika pulang berhari raya sempena Aidiladha di Kedah, baru-baru ini.

“Kakitangan berkenaan bertugas seperti biasa sebelum keputusan ujian ke atas salah seorang ahli keluarganya dikesan positif Covid-19. Oleh demikian, sebagai langkah berjaga-jaga, Jabatan Pertanian telah mengarahkan pejabat tersebut ditutup sementara.

“Alhamdulillah, keputusan lewat petang semalam mendapati beliau negatif Covid-19 dan justeru, jabatan ini telah beroperasi semula seperti biasa dengan kesemua 15 kakitangan mereka mulai bekerja,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Shafiei, oleh demikian orang ramai tidak perlu bimbang untuk menjalankan urusan mereka di jabatan berkenaan seperti biasa.

Beliau dalam pada itu turut meminta kerjasama semua pihak agar menghentikan penularan maklumat berhubung ujian saringan ke atas kakitangan itu sebelum ini ekoran boleh menimbulkan kebimbangan orang ramai.

“Kes ini sudah selesai dan keputusan ke atas beliau juga negatif. Jadi kita harap berita sebelum ini mengenai ujian saringan beliau dihentikan kerana boleh menimbulkan panik,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya