Icon Zara kapal pertama di ASEAN terima CAT RFV - Utusan Malaysia

Icon Zara kapal pertama di ASEAN terima CAT RFV

Pengarah Urusan Icon OffShore Bhd., Datuk Seri Hadian Hashim (kiri) dan C. K. Teoh bertukar dokumen perjanjian di ibu pejabat Icon, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Icon Zara, kapal milik Icon Ship Management Sdn. Bhd., menjadi kapal pertama di Asia Tenggara dilengkapi teknologi CAT Remote Fleet Vision (RFV) yang membolehkan pemantauan data penting mengenai kapal berkenaan dari jarak jauh.

Ia hasil kerjasama strategik antara Icon dan Sime Darby Industrial Sdn. Bhd. (SDISB).

SDISB, anak syarikat Sime Darby Bhd. merupakan pengedar rasmi dan penyedia perkhidmatan sokongan teknikal bagi enjin marin Caterpillar dan produk berkaitan di Malaysia dan Brunei.

Icon, anak syarikat milik penuh Icon Offshore Bhd. pula adalah penyedia kapal sokongan luar pesisir terbesar di negara ini dan mengoperasikan pelbagai perkhidmatan sokongan logistik dalam industri minyak dan gas.

Pengarah Urusan SDISB, C. K. Teoh berkata, menerusi kerjasama berkenaan, pihaknya akan menanggung kos pemasangan dan operasi RFV selama enam bulan dan selepas itu Icon diberi pilihan sama ada ingin memajak RFV dari SDISB untuk tempoh 30 bulan.

“Pemasangan RFV pada kapal merupakan sesuatu yang baharu, ia membolehkan Icon menerima maklumat penting seperti lokasi dan tahap operasi enjin, sama ada terdapat keperluan untuk proses pembaikan atau penyelenggaraan, malah penggunaan bahan api.

“Pemilik kapal dapat membuat keputusan yang tepat dan pantas berdasarkan maklumat yang diberi, seterusnya berpotensi membawa kepada penjimatan kos yang besar sekiranya berlaku perkara tidak dijangka, selain dapat mengurangkan tempoh kapal tidak dapat beroperasi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN