Bomba sanitasi 5 tempat disinggahi wanita gelang Covid-19  - Utusan Malaysia

Bomba sanitasi 5 tempat disinggahi wanita gelang Covid-19 

AZMI OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak telah melakukan proses sanitasi di tempat-tempat yang dikunjungi seorang wanita memakai gelang pengesanan kuarantin Covid-19 yang makan di sebuah restoran  di kawasan Meru di sini baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, proses sanitasi juga telah dilakukan di restoran yang telah dikunjungi wanita itu.

“Kita dapat maklumat ada empat atau lima kawasan di sekitar bandar raya ini yang disinggahi oleh wanita berkenaan semua kawasan tersebut sudah disanitasi oleh pihak bomba.

“Kepada masyarakat, ini bukan satu isu yang menggerunkan kerana proses sanitasi telah dilakukan. Orang ramai  cuma perlu ikut arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan seperti memakai pelitup muka, menggunakan sanitiser dan mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Korban Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat (Perisma) negeri bersama Nation of Women (NOW) negeri serta Kempen Keselamatan Kebakaran di Balai Bomba dan Penyelamat Meru hari ini.

Turut hadir, Presiden NOW, Haniza Mohamaed Talha yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya.

Azmi menggesa orang ramai supaya tampil jika mempunyai maklumat mengenai premis lain yang mungkin dikunjungi wanita berkenaan.

“Jika ada kawasan lain yang dijejaki oleh wanita itu tetapi tidak diketahui oleh kami, masyarakat boleh tampil memberikan maklumat supaya kami dapat bertindak cepat,” katanya.

Sebelum ini, gambar wanita memakai gelang kuarantin Covid-19 makan di sebuah restoran di Meru tular dalam media sosial.

Ini menimbulkan kebimbangan orang ramai untuk datang ke Meru menyebabkan perniagaan terutama makanan terjejas teruk kerana tiada pelanggan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya