Bilangan pengunjung ke Teluk Cempedak dihadkan kepada 1,000 orang bermula 7 Ogos - Utusan Malaysia

Bilangan pengunjung ke Teluk Cempedak dihadkan kepada 1,000 orang bermula 7 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bilangan pengunjung ke pantai peranginan Teluk Cempedak di sini dihadkan kepada 1,000 orang sahaja pada satu-satu masa berkuat kuasa 7 Ogos ini dalam usaha mengawal penularan semula pandemik Covid-19.

Kawalan bilangan pengunjung itu akan dipantau melalui kad nombor giliran yang akan diberikan di pos kawalan pintu masuk dan diserahkan semula di pintu keluar yang ditetapkan. 

Pegawai Perhubungan Awam MPK, Norkamawati Kamal berkata, kawalan itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan perkhidmatan pandu lalu restoran makanan segera McDonald dan KFC.

“Operasi penguatkuasaan ini akan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota penguat kuasa MPK dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). 

“Fokus penguatkuasaan untuk memastikan semua pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal demi kebaikan dan keselamatan pengunjung ketika berada di pantai peranginan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN