3,216 lagi jalani saringan Covid-19 Kluster Tawar - Utusan Malaysia

3,216 lagi jalani saringan Covid-19 Kluster Tawar

PETUGAS Kementerian Kesihatan menunjukkan isyarat bagus ketika sesi saringan Covid-19 di Surau Salahuddin Al-Ayubi, Ambangan Heights, Sungai Petani, Kedah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seramai 3,216 penduduk atau 14.4 peratus daripada 22,360 penduduk di tiga zon di Ambangan Heights, Amanjaya di sini menjalani saringan Covid-19 bagi Kluster Tawar pada hari pertama pelaksanaan perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) kelmarin.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Mohd. Fikri Ujang berkata, sebanyak enam pusat pengambilan sampel dibuka di tiga zon terbabit iaitu Zon Kenanga, Melor dan Mawar bermula dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.

Menurutnya, pusat pengambil sampel di Zon Kenanga dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Ambangan Heights dan Surau Al-Fateh, Zon Mawar (Surau Al-Ikhlas dan Surau An Nur) manakala Zon Melor di Masjid Al-Imam An Nawawi dan Surau Salahuddin Al-Ayubi.

“Bagi tujuan tersebut, seramai 700 anggota kesihatan telah digerakkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mohd. Fikri memberitahu, sampel yang diambil daripada penduduk itu akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Ipoh, Perak dan Sungai Buloh, Sela­ngor.

Selain itu, tambah beliau, sebanyak enam pasukan disertai 15 kakitangan menjalankan aktiviti promosi kesihatan di zon terlibat.

“Antara aktiviti dijalankan ada­lah hebahan awam, edaran ri­salah nasihat individu, perbinca­ngan kumpulan kecil dan taklimat.

“Perkongsian maklumat dalam media sosial Facebook Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda dan Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kedah juga dilakukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya