UTHM perkenal sistem kuliah hibrid mulai  Ogos - Utusan Malaysia

UTHM perkenal sistem kuliah hibrid mulai  Ogos

Pelajar program diploma sesi akademik 2020/2021 akan mendaftar di Kolej Kediaman Pagoh pada 4 Ogos ini. Gambar Ihsan UTHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan memperkenalkan sistem kuliah hibrid iaitu gabungan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian dan bersemuka mulai Ogos ini.

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Wahid Razzaly berkata, kaedah itu melibatkan pelajar lama dan baharu yang bergantung kepada pelaksanaan di fakulti dan pusat terlibat.

Beliau berkata, tarikh kemasukan pelajar baharu program diploma bagi sesi akademik 2020/2021 pada 4 Ogos ini.

“Pada 4 hingga 10 Jun lalu, pelajar yang menerima tawaran telah membayar yuran serta melengkapkan maklumat peribadi bagi membolehkan status sebagai pelajar diaktifkan secara automatik, manakala tarikh 4 hingga 5 Ogos ditetapkan tarikh pendaftaran yang bertempat di Kolej Kediaman Pagoh,” kata beliau dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, pelajar akan mengikuti Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) pada 4 hingga 7 Ogos sebelum memulakan kuliah semester khas yang dijadualkan lapan minggu bermula 9 Ogos.

Tambah Wahid, UTHM akan memastikan proses pendaftaran dan pembelajaran mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak berkuasa lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya