Selesaikan segera masalah banjir - Utusan Malaysia

Selesaikan segera masalah banjir

SYED Roslan Syed Rahiman menunjukkan tebing Sungai Bemban yang dibersihkan selepas kejadian banjir melanda Kampung Bemban di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: “Selagi masalah aliran sungai tersekat tidak diatasi, selagi itu kami terpaksa berdepan dengan ma­salah banjir,” kata seorang penduduk, Syed Roslan Syed Rahiman, 39, yang kediamannya sering dinaiki air di Kampung Bemban di sini.

Menurutnya, masalah banjir di kampung itu bukan isu baharu tetapi sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu malangnya sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

Jelasnya, masalah utama banjir di kampung itu adalah aliran air Sungai Bemban yang tersekat akibat pembangunan di kawasan hulu dan hilir su­ngai berkenaan.

“Di bahagian atas sungai ini ada kawasan perumahan baharu dan di bawah pula projek pembinaan landasan kereta api, kampung kami terletak di tengah-tengah.

“Apabila hujan lebat, berlaku air bercampur lumpur mengalir laju tetapi alirannya tersekat ketika melalui pembentong di bawah projek landasan kereta api menyebabkan berlakunya banjir,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya