Penjual bersyukur, daging 200kg habis kurang dua jam  - Utusan Malaysia

Penjual bersyukur, daging 200kg habis kurang dua jam 

Daging dijual Nordin Mat Zin di Pasar Besar Kuala Berang laris dalam tempoh kurang dua jam bekalannya habis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Ketibaan Aidiladha tahun ini memberikan pengalaman berbeza bagi seorang penjual daging di Pasar Besar Kuala Berang di sini apabila 200 kilogram (kg) jualannya licin tidak sampai dua jam.

Nordin Mat Zin, 42, berkata, sepanjang 15 tahun berniaga,  ini kali pertama jualannya sempena Aidiladha sangat laris sama seperti persediaan menyambut  Hari Raya Aidilfitri. 

Katanya, seawal pukul 7.30 pagi pelanggan sudah menunggu di kedainya. 

“Belum pukul 9 pagi semua daging dan bahagian tulang habis. Kali ini  berbeza dengan tahun- tahun sebelum ini sekitar 100kg  sahaja terjual. 

“Peningkatan sekali ganda jualan  tahun ini mungkin disebabkan ramai perantau pulang ke kampung jadi suasana persiapan hari raya lebih meriah seperti sambutan Aidilfitri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Nordin berkata, ada kalangan pelanggan membuat tempahan awal  dan hanya datang ke pasar mengambil barangan bagi mengelak kesesakan. 

Katanya, walaupun tidak menang tangan melayan pelanggan  tetapi dia bersyukur dengan rezeki Aidiladha ini. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya