Pelajar senior dibelasah tiga junior - Utusan Malaysia

Pelajar senior dibelasah tiga junior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK : Seorang pelajar tingkatan lima cedera  cedera teruk di lutut akibat dibelasah tiga pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada sikap saling cabar-mencabar antara pelajar terlibat sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Kejadian berlaku waktu pagi ketika sesi persekolahan pada  27 Julai lalu. Mangsa dipukul tiga pelajar tingkatan tiga sehingga dia cedera parah  di  lutut,” kata beliau dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, mangsa dikejarkan ke Hospital Muar oleh pihak sekolah dan dia masih dirawat.

Mohd. Fadhil berkata, abang mangsa membuat laporan polis selepas mendakwa pihak  sekolah gagal memberikan penyelesaian terhadap isu berkenaan.

Jelasnya, polis kemudian menahan reman  tiga pelajar sehingga 2 Ogos ini untuk membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.