Masjid `pelaburan' baharu Aeril dan Wawa - Utusan Malaysia

Masjid `pelaburan’ baharu Aeril dan Wawa

Pasangan popular Aeril dan Wawa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebuah masjid bernilai RM 1.2 juta bakal menjadi `pelaburan’ baharu buat pasangan selebriti popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Pembinaan masjid itu hasil keuntungan koleksi produk kosmetik terbaharu mereka dari jenama Wawa Cosmetics. Pasangan itu bersyukur melihat impian mereka bakal tercapai.

“Idea itu datang daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad tentang andai ingin menempa nama di syurga, jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.

“Jadi, kami setuju menggunakan semua keuntungan koleksi terbaharu  untuk tujuan itu. Sebenarnya, ia bukan duit kami sahaja tetapi duit para pekerja dan pembeli produk. Secara tidak langsung nama mereka ada dalam pembinaan masjid itu kelak, orang kata saham akhirat,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Muslim Bukhari di Pusat Konvensen SACC di sini hari ini.

Menurut Aeril atau Suhairil Sunari, 33, pada mulanya dia berhasrat membina sebuah rumah.

Bagaimanapun, dia menangguhkan niat tersebut  bagi membolehkan impian bersama isteri membina sebuah masjid tercapai.

“Masjid itu akan dibina di tapak masjid sedia ada di kampung saya di Rengit, Batu Pahat.

“Saya sudah berbincang dengan ketua kampung dan insya-Allah bersetuju menghulurkan dana sekitar RM1.2 juta hasil keuntungan produk Muslim Bukhari,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.