LKIM belanja RM415 juta bina rumah nelayan - Utusan Malaysia

LKIM belanja RM415 juta bina rumah nelayan

Ketua Pengarah LKIM, Othman Abdul Latiff menggunakan jengkaut sebagai simbolik majlis Pecah Tanah Bagi Projek Khas Perumahan Nelayan di Kampung Kuala Segantang Garam, Merbok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membelanjakan RM415 juta daripada jumlah keseluruhan peruntukkan RM450 juta bagi projek perumahan nelayan di seluruh negara sejak 2012 sehingga kini. 

Ketua Pengarahnya, Othman Abdul Latiff berkata, ia merangkumi projek membaiki 19,843 rumah, membina 241 rumah baharu dan 13 projek penempatan semula nelayan (PSN) membabitkan 2372 buah rumah. 

“Setakat ini kita memperuntukkan kira-kira RM200 juta bagi membaiki rumah nelayan, RM15 juta membina rumah baharu dan RM200 juta projek PSN di sembilan buah negeri. 

“Peruntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) itu kini sudah sampai ke peringkat penghujung dan kita harapkan ia akan selesai sebelum RMK-11 berakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Bagi Projek Khas Perumahan Nelayan di Kampung Kuala Segantang Garam, Merbok di sini petang ini.

Hadir sama, Pengarah LKIM Negeri Kedah, Hamdan Mamat. 

Katanya, permohonan masih dibuka kepada semua nelayan yang berkelayakkan dan mereka boleh membuat permohonan di Pejabat Persatuan Nelayan berdekatan sebelum dibuat penilaian..

“Kita masih mengalu-alukan permohonan baharu daripada nelayan-nelayan yang memerlukan bantuan dari segi pembaikan rumah atau pembinaan rumah baharu dengan baki peruntukkan yang masih ada ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya