Kluster Sivagangga: 73 tabika, 3 taska ditutup - Utusan Malaysia

Kluster Sivagangga: 73 tabika, 3 taska ditutup

Seorang guru melakukan proses sanitasi di sebuah Tadika Kemas di Kubang Pasu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 73 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan tiga taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam Parlimen Kubang Pasu ditutup bermula semalam susulan kluster baharu PUI Sivagangga yang dikesan di negeri ini.

Pengarah Kemas nege­ri, Noor Azman Abd. Rahman berkata, arahan penutupan itu sebagai langkah pencegahan awal di peringkat jabatan.

“Seramai 1,605 murid tabika dan 62 murid taska Kemas terlibat dan penutupan ini dibuat dalam tempoh 14 hari atau sehingga kita menerima arahan serta nasihat selanjutnya dari Pejabat Kesihatan,” katanya di sini semalam.

Noor Azman berkata, pe­nu­­­tupan sementara itu bagi mem­boleh­kan proses pembersihan dan nyah kuman dilakukan dengan segera mengikut kaedah yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Katanya, dari 73 tabika yang ditutup itu, tujuh darinya termasuk Tabika Kemas Kampung Natoi, Pekan Jitra, Kampung Bemban dan Kampung Tebing mempunyai rekod kontak rapat dengan kluster tersebut.

“Kontak rapat melibatkan waris pelajar yang disaring berhubung kluster berkenaan iaitu dari sebuah kedai makan di Napoh,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohd Fikri Ujang berkata, Jabatan Kesihatan Negeri kini giat mengesan kontak rapat pemilik dan pekerja di sebuah kedai nasi kandar di Napoh, Jitra dekat sini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di negeri ini.

“Semua kontak yang berkemungkinan terlibat akan disa­ring yang mana sampel mereka diambil dan diuji bagi menge­tahui sama ada mereka positif pandemik terbabit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya