Kembar tiga teruja kembali ke sekolah - Utusan Malaysia

Kembar tiga teruja kembali ke sekolah

KEMBAR tiga (dari kiri) Sharifah Raniya Azzahra, Syed Muhammad Raiyan dan Sharifah Raiyna Azzahra, tidak sabar untuk kembali ke sekolah pada hari ini. Foto: RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga adik beradik kembar tidak sabar kembali ke sekolah setelah lebih empat bulan hanya belajar secara dalam talian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

Syed Muhammad Raiyan Syed Muhammad, 10, dan dua kembarnya, Sharifah Raniya Azzahra dan Sharifah Raiyna Azzahra yang merupakan murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Perling (3) di sini, bukan sahaja teruja untuk mengenakan baju sekolah, malah mengemas beg sekolah seperti sebelum ini.

Syed Muhammad Raiyan berkata, dia dan kembarnya te­lah melakukan pelbagai persiapan termasuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru sepanjang tempoh PKP.

“Kami sebenarnya tak sabar nak tunggu tarikh 22 Julai ini,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediaman mereka di Taman Perling di sini, semalam.

Perasaan sama turut dialami Sharifah Raniya Azzahra dan Sharifah Raiyna Azzahra yang terlalu rindu dengan suasana pem­belajaran dalam bilik darjah dan berjumpa rakan-rakan setelah sekian lama tidak berjumpa.

“Rasa rindu untuk bersembang dengan kawan-kawan dan juga cikgu,’’ kata Sharifah Raniya Azzahra.

Ibu mereka, Norlida Johari, 39, berkata, sepanjang tempoh PKP, ketiga-tiga anak kembar­nya itu belajar dan menduduki ujian secara dalam talian.

Katanya, dia dan suami, Syed Muhammad Ridza Syed Abdullah, 46, sentiasa memantau perkembangan pelajaran mereka yang diberikan telefon bimbit setiap seorang.

“Ketika ujian berlangsung, saya akan memastikan mereka tidak meniru,’’ jelasnya.

Kementerian Pendidikan sebelum ini mengumumkan pelajar tingkatan satu hingga empat dan kelas peralihan serta murid tahun lima dan enam kembali bersekolah pada 15 Julai, manakala murid tahun satu sehingga empat pada 22 Julai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya