Albert pemberi rasuah, bukan maklumat 

Albert pemberi rasuah, bukan maklumat 

Danish Hairudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) membidas peguam yang mewakil Albert Tei dan menyifatkan ahli perniagaan itu bukan ‘whistleblower’ sebaliknya merupakan individu yang terpalit dengan rasuah.

Ketua Penerangannya, Danish Hairudin berkata, Albert atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing sudah pun mengaku memberi rasuah dan oleh itu beliau bukan ‘whistleblower’.

Kata beliau, istilah perkataan tersebut tidak boleh dimanipulasikan demi melindungi pelaku jenayah atau menjadikan pengakuan jenayah rasuah itu sendiri sebagai naratif keberanian.

Whistleblower yang sebenar melaporkan salah laku tanpa terlibat dalam jenayah. Sebaliknya, pengakuan sendiri tidak boleh dijadikan perisai bagi menyembunyikan kesalahan jenayah.

“Pendirian kami kekal, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti menjalankan siasatan secara bebas dan mahkamah akan menentukan kesalahan atau tidak tanpa mengira nama atau kedudukan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, peguam Albert Tei, Mahajoth Singh dilaporkan mempersoalkan tindakan AMK yang menyerang anak guamnya tetapi membisu terhadap ahli politik yang dikaitkan dalam skandal rasuah Sabah.

Dalam kenyataannya, Mahajoth turut mempersoalkan sekiranya serangan Danish berpunca daripada rasa tidak selesa dengan pendedahan yang dibuat ahli perniagaan itu.

Beliau turut menyifatkan Danish sebagai tergesa-gesa mempertahankan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Perdana Menteri.

Pada 5 Disember lalu, Albert mengaku tidak bersalah menyogok  Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin di di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu turut mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM69,924.

Kedua-duanya membuat pengakuan demikian selepas kertas pertuduhan dibacakan ke atasnya secara berasingan.

Mengikut pertuduhan, Shamsul Iskandar sebagai seorang ejen kerajaan iaitu Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri didakwa secara rasuah memperoleh RM69,924 yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik seorang wanita secara berperingkat pada 28 November 2023 dan 23 September tahun lalu.

Wang terebut didakwa diterima bagi tujuan pembayaran penyewaan rumah di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur daripada Albert Tei sebagai dorongan membantu syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan dengan ahli perniagaan itu mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Sementara Albert Tei, 37, pula didakwa memberikan suatu suapan berjumlah sedemikian secara berperingkat pada tarikh dan tempat yang sama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN