Kemasukan Muhyiddin perkasa perpaduan Melayu - Utusan Malaysia

Kemasukan Muhyiddin perkasa perpaduan Melayu

JOHARI Abdul Ghani ketika memberikan pandangannya dalam program Bual Bicara Pembangunan Konsortium Usahawan Belia Melayu Malaysia di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemasukan semula Perdana Menteri, Tan Sri Muh­yiddin Yassin ke dalam UMNO seperti yang dicadangkan beberapa pemimpin parti itu akan memperkasakan perpaduan Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kembalinya Muh­yiddin ke pangkuan parti itu baik untuk menyatupadukan Melayu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi pembicara dalam program Bual Bicara Pembangunan Konsortium Usahawan Belia Melayu Malaysia anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Cadangan supaya Muh­yiddin kembali ke pangkuan UMNO pada mulanya dibangkitkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan kemudiannya disokong Ahli MT, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula menya­takan sokongan terhadap cadangan tersebut, malah memberitahu keputusan UMNO memecat Muhyiddin pada 2016 boleh ditarik balik.

Dalam pada itu, Johari menyokong usaha GPMS Wilayah Persekutuan menubuhkan Konsortium Usahawan Belia Melayu Malaysia yang dilihat mampu membantu usahawan belia membina jaringan perniagaan yang kukuh.

Katanya, konsortium itu juga boleh menjadi platform untuk peserta berkongsi pendapat dan masalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN