Jangan pakai pelitup muka buat kanak-kanak bawah dua tahun - Utusan Malaysia

Jangan pakai pelitup muka buat kanak-kanak bawah dua tahun

Banyak penipuan berhubung pembelian pelitup muka dan hidung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai tidak mengenakan pelitup muka bagi kanak-kanak bawah umur dua tahun.

Menterinya, Datuk Dr. Adham Baba berkata, nasihat tersebut juga bagi mereka yang sukar bernafas dan individu yang tidak sedarkan diri, kurang berupaya atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan. 

“Pelitup muka tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Pelitup muka perlu dipakai dan dilupuskan dengan cara yang betul,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, nasihat ini diberikan kerana masih terdapat segelintir ibu bapa mengenakan pelitup muka kepada kanak-kanak bawah usia dua tahun.

Adham  berkata, orang ramai diminta memakai pelitup muka di tempat awam bagi mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mencegah penularan Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya