Ginseng cuba diseludup di LTAPP dirampas - Utusan Malaysia

Ginseng cuba diseludup di LTAPP dirampas

Ginseng tanpa permit import yang dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ketika pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTABPP), Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN LEPAS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 16 kotak ginseng asli bernilai RM57,280.68 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTABPP) di sini semalam.

Pengarah MAQIS negeri, Zarina Ramli berkata, ginseng itu dikesan cuba dibawa masuk oleh penumpang lelaki yang baru pulang dari Taiwan di laluan ketibaan antarabangsa lapangan terbang berkenaan. 

Menurut beliau, rampasan dilakukan penguat kuasa MAQIS dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sewaktu rutin biasa pemeriksaan di balai ketibaan LTAPP.

Katanya, pemeriksaan mendapati ginseng dibawa penumpang berusia 50 tahun itu tidak ada dokumen seperti permit import MAQIS dan Sijil Fitosanitasi. 

“Ginseng disimpan dalam bagasi pakaian lelaki berkenaan bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa dan harga sekotak ginseng  bernilai RM3,580.04,” katanya di sini hari ini.

Zarina berkata, perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit MAQIS salah di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). 

Jika sabit kesalahan boleh didenda di bawah Seksyen 11(3), tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali. 

“Pihak MAQIS tegas dalam melakukan pemeriksaan di semua pintu masuk  bagi memastikan keluaran pertanian yang dibawa mematuhi syarat dan peraturan kerajaan, ” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya