Bank Rakyat lantik ahli lembaga pengarah baharu - Utusan Malaysia

Bank Rakyat lantik ahli lembaga pengarah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mengumumkan pelantikan dua ahli Lembaga Pengarah yang baharu iaitu Datin Norhamizah Mat Tahir dan Mohd Jafri Kudus berkuat kuasa 13 Julai 2020. 

Menurut bank tersebut, pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman serta kepimpinan mereka dalam bidang keusahawanan dan teknologi yang dijangka akan memberi nilai tambah bagi memacu Bank untuk mencapai hasrat yang diaspirasikan dalam pelan jangka panjang Bank Rakyat 2025.

“Norhamizah merupakan usahawan wanita yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan di syarikat beliau, Norhamizah Tahir Associate Sdn Bhd dan telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak 16 tahun lalu. 

“Beliau juga menyandang jawatan sebagai Pengarah di DSDM Rezki Sdn Bhd. Sementara itu, Mohd Jafri yang berpengalaman luas lebih daripada 30 tahun dalam industri teknologi dan telekomunikasi pula merupakan Pengarah Eksekutif di Strovi Dox Sdn Bhd serta Perunding Pembangunan Perniagaan di Antah SNC Homeland Security Sdn Bhd,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Jafri Kudus
Norhamizah Mat Tahir
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.