Apa pula nasib mural lain? - Utusan Malaysia

Apa pula nasib mural lain?

MURAL yang memaparkan wajah angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha merupakan antara yang menjadi tarikan di Lorong Seni, Seremban. Foto: BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kejadian vanda­lisme terhadap lukisan mural termasuk potret Yang di-Pertuan Agong seperti yang berlaku di Seksyen U12, Shah Alam, Se­langor baru-baru ini, menimbulkan persoalan terhadap nasib mural-mural lain.

Lukisan mural, seakan menjadi trend masa kini untuk dilaksanakan terutama dalam kala­ngan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain sebagai tarikan pelancong, ia juga adalah usaha PBT mengindahkan lorong-lorong belakang terutama di tengah-tengah bandar yang sebelum ini kelihatan kelam dan terbiar.

Antara lokasi popular lukisan mural di negara ini ialah di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang dikelolakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta di Pulau Pinang iaitu yang terdapat di sekitar bangunan di Georgetown, Butterworth dan Balik Pulau.

Di Seremban pula, terdapat lebih 40 lukisan mural di sekitar lorong-lorong belakang rumah kedai antaranya di kawasan sekitar Lorong Seni serta di Benteng Walk.

Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Mas Midyawan Yahya berkata, selepas kejadian yang berlaku di Shah Alam, pihaknya juga mengambil keputusan untuk tidak memilih potret-potret pemimpin sebagai subjek kepada mural yang akan dilukis selepas ini.

“Perkara yang berlaku di Shah Alam itu telah dijangka oleh Datuk Bandar MBS, Datuk Zazali Salehudin sebelum ini dan ia menyebabkan gambar-gambar pemimpin tidak dipilih.

“Di Seremban, mural-mural yang ada tidak sensitif, tidak melibatkan pemimpin yang ada cumalah mural-mural yang mengambarkan tarikan di bandar Seremban dan pelancongan di Negeri Sembilan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hasil tinjauan di bandar Se­rem­ban mendapati hanya terdapat dua mural yang memaparkan wajah individu iaitu angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan juga Sarjan Hassan iaitu pejuang dalam Askar Melayu yang merupakan anak kelahiran Kampung Pantai, Se­remban.

Sementara itu, jelas Mas Midyawan, pihaknya tidak mempunyai sebarang prosedur operasi standard (SOP) bertulis ataupun garis panduan dalam memberikan kebenaran untuk mana-mana pihak membuat lukisan mural di bandar ini.

“Kami akan buat pertimba­ngan setiap kali ada keperluan cuma selepas kejadian di Shah Alam baru-baru ini, kami memang tak benarkan untuk mural pemimpin-pemimpin dilukis.

“Setakat ini kami tidak menerima sebarang laporan me­ngenai kejadian vandalisme terhadap mural di bandar ini cuma terdapat beberapa mural yang kami lihat perlu dibaik pulih,” katanya.

Tambahnya, pihak MBS turut berharap orang ramai bersama-sama menjaga hasil seni tersebut selain memasang kamera litar tertutup di beberapa lokasi terpilih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya