Ahmad Maslan bersajak, beri amaran kepada kerajaan - Utusan Malaysia

Ahmad Maslan bersajak, beri amaran kepada kerajaan

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Wahai kerajaan, jangan anda berlaku zalim, mengguna mahkamah juga penjara, mengheret orang tidak berdosa.”

Bait itu menjadi pembuka sajak Wahai Kerajaan yang ditujukan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada kerajaan.

Dalam sajak tersebut, Ahmad seolah-olah memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak menyalahgunakan institusi seperti mahkamah dan pihak polis untuk mendiamkan musuh politiknya.

“Itu saya tujukan pada kerajaan dulu dan dan kerajaan sekarang.

“Mudah-mudahan mereka boleh menghayati,” katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Beliau membacakan sajak tersebut sambil dikelilingi puluhan penyokong bekas Persana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berpakaian serba biru.

Najib didakwa atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam akaun Facebook milik beliau semalam, Najib berkata beliau bersedia untuk melawan kesnya dalam peringkat seterusnya di Mahkamah Rayuan walau apa keputusan yang akan diumumkan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya