5 anggota polis, 9 staf mahkamah dikuarantin - Utusan Malaysia

5 anggota polis, 9 staf mahkamah dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seramai 17 individu termasuk lima anggota polis dan sembilan kakitangan mahkamah diarahkan menjalani kuarantin di rumah 14 hari selepas mereka menjadi  kontak rapat kepada seorang banduan Thailand yang positif Covid-19.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, lima daripada anggota tersebut adalah daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar yang memulakan kuarantin bermula 29 Julai.

“Sembilan lagi kakitangan yang bertugas di Mahkamah Kangar dan tiga lagi banduan dari sel sama dengan banduan yang positif Covid-19 diarahkan menjalani kuarantin bermula 30 Julai,” kata beliau.

Menurut beliau, banduan Thailand kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah.

Rabu lalu, Perlis mencatat satu kes baharu Covid-19 setelah lebih tiga bulan bebas wabak berkenaan.

Kes baharu itu membabitkan tahanan  pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand.

Sementara itu, Surina berkata, individu yang diarahkan menjalani kuarantin adalah yang mempunyai kontak rapat dengan banduan berkenaan sahaja.

“Tidak semua dikuarantin, kalau ikut kita ada 33 orang semuanya tetapi kita ambil yang kontak rapat sahaja,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya