Bayar kos kuarantin atau pas lawatan batal - Imigresen - Utusan Malaysia

Bayar kos kuarantin atau pas lawatan batal – Imigresen

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia memberi amaran membatalkan pas lawatan jangka panjang warga asing jika mereka enggan membayar kos kuarantin.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, keengganan mereka itu boleh menjejaskan usaha kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19.

Menurutnya, antara jenis pas dimiliki warga asing ialah pas suami atau isteri kepada warganegara, pas lawatan kerja sementara (PLKS), pas lawatan ikhtisas, pas penggajian (ekspatriat), pas ‘Malaysia My Second Home’ (MM2H) dan lain- lain kategori.

“Bermula 24 Julai lalu, kerajaan membenarkan semua warga Malaysia dan warga asing masuk ke Malaysia tetapi diwajibkan dikuarantin 14 hari.

“Bagi warga asing, mereka perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin manakala warga Malaysia diwajibkan membayar 44 peratus daripada kos tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Khairul Dzaimee menasihatkan rakyat negara ini dan warga asing mematuhi arahan dan peraturan semasa selain peka dengan pengumuman terkini berhubung langkah-langkah pencegahan Covid-19.

Tegasnya, mana-mana individu yang ingkar dan tidak mematuhi prosedur operasi standard akan dikenakan tindakan undang-undang. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya