42 mesin air layan diri di Perlis kena sita  - Utusan Malaysia

42 mesin air layan diri di Perlis kena sita 

Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis, Dr. Sirajuddin Hashim menampal notis sita ke atas mesin jual air ketika operasi di Perlis pada 21 sehingga 23 Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Sebanyak 42 mesin air layan diri di sekitar Perlis disita dalam operasi  tiga hari oleh Jabatan Kesihatan negeri pada Selasa hingga Khamis lalu.

Pengarahnya, Dr. Sirajuddin Hashim berkata, mesin tersebut disita selepas beroperasi tanpa lesen daripada Kementerian Kesihatan.

Katanya, operasi disertai 17 anggota Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan serta Pejabat Kesihatan daerah Kangar memeriksa premis perniagaan dan mesin jualan air di  sini, Arau dan Padang Besar.

“Dalam Operasi  tiga hari,dua premis perniagaan dan 43 mesin jualan air diperiksa. Daripada jumlah itu, sebanyak 42 mesin jualan air atau mesin air layan diri  disita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sirajuddin, penyitaan itu dilakukan mengikut Seksyen 4 (1)(f), Akta Makanan 1983 kerana beroperasi tanpa lesen.

Tambahnya,, sememangnya menjadi tanggungjawab pemilik perniagaan untuk sentiasa mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan berkaitan.

“Orang ramai disaran memilih air yang dijual daripada  sumber yang berlesen bagi memastikan bekalan itu selamat dan berkualiti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya