PRESTASI yang ditampilkan perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia pada Kejohanan Badminton Terbuka Korea Selatan minggu lalu seolah-olah memberi gambaran bahawa dia sebenarnya mampu untuk berada dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia. Zii Jia yang berada pada ranking ke-16 dunia, menampilkan aksi cemerlang pada kejohanan yang berlangsung di Incheon itu apabila menyingkirkan bekas juara dunia, Viktor Axelsen dari Denmark di pusingan kedua. Bagaimanapun, langkah pemain berusia 21 tahun…