KUALA LUMPUR 2 Okt. – Penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid mengakui sedikit kekok apabila kembali menyertai kem latihan Harimau Malaya selepas kali terakhir menyarung jersi skuad kebangsaan, dua tahun lalu. Azhan dipanggil bagi menggantikan penjaga gol Kedah yang mengalami kecederaan, Mohd. Ifwat Akmal Chek Kassim bagi menghadapi Sri Lanka dalam aksi persahabatan di Bukit Jalil, Sabtu ini, selain saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam di Hanoi, Khamis…










