PUTRAJAYA – P. Waytha Moorthy kekal sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun terdapat desakan beliau dipecat susulan keputusan inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim baru-baru ini, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. “Saya tak nampak ada masalah, jadi untuk waktu ini saya masih boleh simpan dia (Waytha Moorthy) sebagai menteri,” katanya kepada media selepas melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) di Kementerian Dalam Negeri,…










