MARANG – Operasi Naga secara bersepadu untuk membanteras pencerobohan hasil laut negara mula menampakkan kesannya dengan penahanan 128 bot nelayan asing dalam tempoh lima bulan sejak pelancarannya 24 April lalu. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, Operasi Naga disasar dapat mengurangkan kira-kira 50 peratus kerugian akibat ketirisan hasil laut disebabkan pencerobohan nelayan asing berkenaan yang kini berjumlah RM6 bilion setahun dalam tempoh beberapa tahun akan datang.…










