IPOH 2 Okt – Kunjungan ke Padang, Bukit Tinggi, Sumatera di Indonesia kira-kira 10 tahun lalu yang menyaksikan hampir kebanyakan penduduk di sana memiliki kolam ikan memberi ilham kepada Noreha Salbidi. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinji di sini itu kemudian merealisasikan idea tersebut apabila mengubah sebatang longkang di sekolah tersebut menjadi tempat membela ikan. Dengan modal hanya RM100, projek rintis yang dimulakan enam bulan lalu itu membuahkan hasil apabila…










