KUALA LUMPUR 8 Okt. – Tiada sebab kerajaan mahu kembali melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), sebaliknya akan mengukuhkan lagi sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang sedang dilaksanakan. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya, setelah SST ditambah baik dan semua pihak cekap dalam melaksanakan cukai tersebut, diyakini kadar kutipan cukai itu setanding dengan GST. Beliau juga berkata, jika kerajaan terlalu kerap menukar sistem cukai negara, ia boleh menggugat…










