SHAH ALAM – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa kesal berhubung insiden anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang cuba menangkap seekor anjing terbiar secara ganas yang tular menerusi sebuah klip video dalam media sosial baru-baru ini. Tengku Permaisuri Selangor yang juga Penaung Diraja kempen Stray Free Selangor (SFS) turut kecewa dan sedih kerana kejadian kejam seumpamanya itu masih berlaku dalam masyarakat meskipun banyak kempen kesedaran telah dilaksanakan membabitkan…










