ENTAH sudah berapa kali kita mahu `bersilat’ pasal isu bahasa kebangsaan. Perkara yang senang, tapi nampak begitu susah atau rumit untuk dituturkan oleh sesetengah orang yang hairannya bukan dilahirkan di Jerman, di Argentina atau di Burkina Faso, tetapi di negara ini. Macam susah sangat mahu berbahasa Melayu. Kalau dia bercakap Melayu, lidah boleh tergeliat, terbatuk atau paling kronik tercekik agaknya. Saya pernah ditegur oleh seorang guru bahasa Inggeris kerana menulis…










