RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan mematahkan cubaan menyeludup 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Vietnam selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria terbabas ketika cuba meloloskan diri daripada pihak berkuasa semalam. Dalam kejadian pada pukul 1.45 petang, sepasukan anggota PGA yang menjalankan rondaan di Pengkalan Haram Tok Deh telah terserempak dengan sebuah MPV yang dipandu dalam keadaan mencurigakan. Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7…










