IPOH 4 Okt. – Semua golongan pekerja di negara ini seharusnya mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi mendapatkan perlindungan yang sewajarnya termasuk jika dilanda musibah. Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran berkata, Perkeso juga merupakan satu instrumen perlindungan sosial yang baik sekali gus melindungi kebajikan pekerja. Menurut beliau, atas sebab itu kementeriannya melihat kepentingan skim ini diperluaskan kepada bidang pekerjaan yang tidak dilindungi seperti…










