KUALA LUMPUR 7 OKT.- Penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Rozaimi Abd Rahman mengakui bukan mudah untuk membuktikan kembali keupayaannya beraksi dalam kesebelasan utama selepas bergelut dengan kecederaan akibat kemalangan empat tahun lalu. Bekas pemain Sabah itu, terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan kepercayaan beraksi dalam skuad utama musim ini termasuk diturunkan dalam perlawanan penting aksi separuh akhir Piala Cabaran dan terbaru, final pertama di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang,…










