KUALA LUMPUR 7 Okt. – Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) susut kepada AS$103.0 bilion (RM431.9 bilion) menjelang 30 September daripada AS$103.5 bilion (RM434.1 bilion) yang direkodkan pada 13 September 2019. BNM dalam satu kenyataan berkata kedudukan rizab adalah mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertunggak dan 1.1 kali jumlah hutang luar jangka pendek. Komponen utama rizab itu terdiri daripada rizab simpanan mata wang asing berjumlah AS$96.7 bilion (RM405.5 bilion),…










