SEPATUTNYA dalam usia yang mentah mereka berada di sekolah. Namun konflik yang berpanjangan menyebabkan beratus ribu anak-anak pelarian Syria yang berlindung di Idlib tercicir dan tidak berpeluang untuk belajar. Sebahagian besar mereka terpaksa membanting tulang demi kelangsungan hidup. Tidak terkecuali, Jawad dan Yazan yang berusia lapan dan 15 tahun. Ketika mereka yang sebaya dengannya berada dalam kelas lain pula kisah dan rutin harian dua beradik ini. Bersama bapa, Ghassan, mereka…










