SUNGAI PETANI – Seorang remaja maut manakala adiknya cedera selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau berhampiran Taman Gemilang di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, penunggang motosikal jenis Honda EX5, Ahmad Alif Hakimi Muhamad Ghazale, 17, maut di tempat kejadian manakala adiknya, Nur Aiman Hakimi, 15, cedera ringan. Seorang lagi mangsa yang merupakan penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC, Muhammad …










