PAUH PUTRA 6 Okt. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian ‘Penutupan Kejohanan Woodball Merebut Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra Tahun 2019’ yang diadakan di Gelanggang Woodball Antarabangsa Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kampus Alamnya di Pauh Putra hari ini. Keberangkatan tiba baginda ke program yang dianjurkan oleh Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) itu disambut oleh…










