PUTRAJAYA 1 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan sekeras-kerasnya pihaknya mempunyai niat tidak baik memilih 16 November sebagai hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, iaitu hari yang dikatakan bertembung dengan Perhimpunan Agung UMNO. Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya sedikit pun tidak berniat untuk menyusahkan UMNO mahupun MCA ataupun bertindak secara berat sebelah dan tidak adil dalam penetapan tarikh PRK berkenaan. Beliau berkata, SPR…










