CEMBURU, suami nak kahwin lagi malah sanggup menuduh isteri berzina. Itu antara faktor berlaku kes penceraian dalam kalangan umat Islam negara ini. Sepanjang 2018 sahaja, sebanyak 60,618 kes cerai telah didaftarkan di seluruh negara. Jumlah itu meningkat bagi tempoh lima tahun sejak 2014. Mengapa ini berlaku? Adakah kerana kegagalan kerajaan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung risiko penceraian itu? Atau adakah ia disebabkan kesukaran prosedur perkahwinan poligami di negara ini…










