LONDON 6 Okt. – Mauricio Pochettino menegaskan, komitmennya terhadap Tottenham berubah dan dia tidak bimbang dipecat gara-gara kekalahan 3-0 kepada Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris, semalam. Kekalahan kelima dalam semua pertandingan itu menjejaskan moral Tottenham yang sebelum ini dimalukan 2-7 oleh Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara di tempat sendiri, Khamis lalu. Kesilapan ketua pasukan, Hugo Lloris membawa kepada gol pembukaan Brighton yang disempurnakan Neal Maupay seawal minit kedua…










