PORT LOUIS 6 Okt. – Mauritius akan mengadakan pilihan raya pada 7 November depan. Perdana Menterinya, Pravind Kumar Jugnauth mengumumkan pembubaran parlimen dalam siaran radio pada hari ini. Pilihan raya bagi diadakan setiap lima tahun untuk 70 kerusi. Pada pilihan raya Disember 2014, pakatan antara Lepep (The People) dan Socialist Militant Movement (MSM) diketuai Jugnauth memenanginya. – AFP










