KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak berminat bekerjasama dengan pembangkang dalam menubuhkan kerajaan baharu seperti yang dicadangkan seorang pemimpin UMNO. “Kita tidak berminat untuk buat itu (penubuhan kerajaan baharu). Kita sedar negara kita adalah negara berbilang kaum. Setiap kerajaan sejak merdeka sehingga sekarang mempunyai ahli-ahli kabinet terdiri daripada semua kaum,” kata pengerusi PH itu kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Timbalan…









