BIDOR- Masjid Abu Hurairah yang telah di bina pada 21 April 2018 kini memerlukan pembinaan bangunan tambahan dewan solat terbuka bagi menampung keperluan jemaah yang semakin meningkat, sejajar dengan pertambahan penempatan baharu di kawasan sekitar.
Timbalan Pengerusi Masjid Abu Hurairah, Zainuddin Taib berkata, masjid berkenaan mula dibina pada tahun 2018 dan siap sepenuhnya pada tahun 2021 dengan kos sebanyak RM3.6 juta yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Perak.
Menurut beliau, masjid tersebut didirikan di atas tanah wakaf seluas 8.349 ekar di Tanah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) yang ketika ini hanya mampu menampung sekitar 1200 jemaah pada satu-satu masa.
“Namun, dengan penambahan keluasan seluas 90 kaki panjang dan 60 kaki lebar, penempatan bagi 800 jemaah baharu dijangka mampu diatasi,”
“kehadiran jemaah semakin meningkat, khususnya pada hari Jumaat,hari raya dan musim cuti sekolah apabila ramai anak perantau pulang ke kampung,” katanya.
Masjid Abu Hurairah yang telah berusia lapan tahun ini memerlukan pembinaan bangunan tambahan dewan solat terbuka bagi menampung kira-kira 800 jemaah keperluan jemaah yang semakin meningkat, sejajar pertambahan penempatan baharu di kawasan sekitar sini.
Ujar beliau, struktur bangunan masih dalam berkeadaan baik dan kukuh, cuma ruang solat yang agak terhad disebabkan terdapat lebih 10 surau berdekatan yang berada di dalam kariah Masjid Hurairah, antaranya surau Alfalah Kampung Sungai Baru, Surau An Nur Kampung tersusun batu 2, Surau At Taqaw Taman Perami dan Surau Kampung Simpang 3.
Tambahnya, ruang wuduk dan tandas sesak sering menjadi cabaran apabila bilangan jemaah meningkat, termasuk ruang khas untuk aktiviti pengajian, program kemasyarakatan dan dakwah.
Tambah beliau, pihak jawatankuasa Masjid telah bersetuju melalui mesyuarat agar cadangan tambahan dewan solat terbuka dengan anggaran kos projek mencecah RM1 juta.

Tarikh pembinaan bermula pada 27 April lalu dan dijangka siap pada Januari 2027.
Oleh yang demikian pihak jawatankuasa Masjid mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada pihak-pihak berkemampuan seperti badan-badan NGO, syarikat-syarikat korporat, GLC serta individu yang ingin menderma bagi membangunkan serta mengimarahkan setiap aktiviti dan program di masjid ini.
“Selain itu pihak masjid turut menyediakan ruang khas khemah musafir bagi tujuan pengunjung yang singgah untuk beribadat dan berehat terutama pada musim cuti sekolah ,cuti umum atau hujung minggu dengan menyediakan juadah makanan serta minuman.”
“Pihak Masjid juga turut menempatkan kiosk bagi memperkasakan ekonomi kariah di sini bagi mempromosikan produk- produk keluaran usahawan muslim sekali gus membantu meningkatkan ekonomi setempat serta aktiviti komuniti bagi menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu, pembangunan sahsiah dan pengukuhan ukhuwah masyarakat,” katanya.
Kepada mana-mana individu yang ingin menyumbang kepada program pembangunan Masjid Abu Hurairah ini bolehlah salurkan sumbangan di akaun Masjid Abu Hurairah Jalan Tapah-Bidor, 558127507267 (Maybank)








