KUALA LUMPUR 3 Okt. – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) meraih Anugerah Platinum Putra Brand dan Anugerah Hall of Fame bagi kategori bahan api automotif, pelincir dan aksesori pada Anugerah Putra Brand yang diadakan di sini, baru-baru ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd (PDB), Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, setelah memenangi Anugerah Emas selama sembilan tahun berturut-turut sebelum ini, anugerah tahun ini merupakan…










