KUALA LUMPUR 1 Okt. – Persekitaran perniagaan bagi sektor pembuatan negara kekal mencabar pada September walaupun Indeks Pengurus Pembelian (PMI) berada pada paras tertinggi dalam tempoh empat bulan sebanyak 47.9 bulan lepas berbanding 47.4 yang dicatatkan pada Ogos. Pada tahap semasa, PMI mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar tahunan antara 4.5 peratus dan lima peratus secara perbandingan, kata IHS Markit Ltd dalam kenyataan hari ini. “Indeks output kajian itu meningkat…










