PARIS 7 Okt. – Jaringan Robert Beric di minit terakhir permainan membolehkan Saint-Etienne menewaskan Lyon 1-0 sekali gus memberi kemenangan pertama kepada Claude Puel dalam tugasan pertamanya bersama pasukan. Bekas bos Leicester City dan Southampton itu menggantikan Ghislain Printant, Jumaat lalu setelah menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab tersebut. “Untuk menghasilkan aksi seperti itu menentang Lyon adalah sesuatu yang hebat, terutamanya dalam waktu yang singkat. “Kemenangan ini menunjukkan pemain sanggup…










