KUALA LUMPUR 7 Okt. – Ernst & Young Tax Consultants Sdn. Bhd. menggesa kerajaan untuk menyediakan lebih banyak bantuan perumahan kepada golongan muda isi rumah kumpulan sederhana (M40), berikutan mereka dapat memberikan rangsangan tambahan kepada pasaran hartanah. Pakar cukai itu berkata, kerajaan boleh melanjutkan tempoh pengecualian duti setem bagi pembelian hartanah kediaman di bawah Kempen Pemilikan Rumah Negara (HOC) tanpa mengehadkan harga hartanah. “Keduanya, kerajaan boleh perkenalkan semula pelepasan peribadi…










